Kerana mulut manusia berjaya
Kerana mulut manusia berani
Kerana mulut manusia berhati-hati
Kerana mulut badan binasa
Kerana mulut ada yang kecewa
Kerana mulut ada berkecil hati
Kerana mulut ada yang mencuit hati
Kepada insan-insani
Jagalah mulut dari mengeji
Jagalah mulut dari mencaci
Jagalah mulut dari mengata
Jagalah mulut dari menghina
Kerana mulut musuh ditemui
+++"sentiasa lebih berhati-hati agar hidup lebih d berkati."
>>Kitab Amsal mendorong kita untuk berhati-hati atas perkataan kita (12:17-22; 15:4; 26:2). Seharusnya kita berdoa bersama sang pemazmur, "Mudah-mudahan Engkau berkenan akan ucapan mulutku dan renungan hatiku, ya TUHAN, gunung batuku dan penebusku" (Mazmur 19:15) [MRD II]
>>Dari Abi Hurairah r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah s.a.w. bersabda: Barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah berkata baik atau diam; barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati jiran tetangganya; dan barang siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah menghormati tetamunya.( HR al-Bukhari dan Muslim )