Followers

cinta abadi

Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa
mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan
untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua
mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya
menganugerahkan sekeping hati pada kita? Kerana Tuhan
telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang
untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta... Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu
masih mahu mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu
masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu
tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat
melupakannya. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan
walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang
masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati.
Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun
mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka
yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk
membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang
tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran
akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu
pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada
hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta
dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang
yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima
kasih atas kurniaan itu. sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak
mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai
seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian
untuk menyatakan cintamu kepadanya. Seandainya kamu ingin mencintai atau memiliki hati
seorang gadis, ibaratkanlah seperti menyunting
sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum
mawar tersebut tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri
mawar itu menusuk jari. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu
bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya
untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak
bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai
kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya.
Pada saat itu, tiada guna sesalan kerana perginya
tanpa berpatah lagi. Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang
dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak
perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya
setulus hati. Rasa percintaan lebih pahit dari hempedu .Teman
percintaan ialah sayu dan pilu, namun demikian, dara
dan teruna tetap berpusu-pusu terjerumus ke dalamnya
kerana dianggap seperti lautan madu.
Berkemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai
tersimpan keburukan di dalamnya dan berkemungkinan apa
yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya. Cinta kepada harta ertinya bakhil, cinta kepada
perempuan ertinya alam. Cinta kepada diri ertinya
bijaksana, cinta kepada mati ertinya hidup dan cinta
kepada Tuhan ertinya Takwa.

More About : Cinta Abadi

2 comments:

  1. kak memang kenal pown..
    umah cik timah 2..
    tmn sri bayu..

    ReplyDelete
  2. ehehehe.. dekcik.. cik timah spe? mak akk cik limah.. =)

    ReplyDelete